วันเสาร์ที่ 29 กันยายน พ.ศ. 2555

Wanita Solehah Mengatasi Paras Rupa
Sabda Rasullah s.a.w:
  “Dunia itu adalah kenikmatan dan sebaik-baik kenikmatan dunia ialah wanita yang solehah.” – Riwayat Muslim, Kitaab al-Ridha.

979464644l11
Agama merupakan faktor terpenting dalam mendapatkan kebahagiaan rumah tangga. Namun, tidak ramai di kalangan umat manusia pada zaman ini yang meneliti dan mengambil faedah daripada panduan agama dalam memilih calon isteri. Ramai di kalangan kita yang masih tidak menyedari bahawa faktor ini berupaya memberikan kebahagiaan dan keuntungan dunia dan akhirat.
Wanita yang beragama sentiasa mentaati ALLAH dan Rasul-NYA. Menjaga maruah diri dan ibu bapa, menundukkan pandangan di hadapan lelaki yang bukan mahram, berusaha menuntut ilmu, memahami dan mengamalkan apa yang difahaminya. Sentiasa bertaubat dan mendekatkan diri kepada ALLAH dengan melakukan pelbagai amalan wajib dan sunat.
Wanita yang terdidik dengan agama akan sentiasa memastikan dirinya bersih, kemas dan cantik. Ini kerana agama memerintahkan dia melakukan demikian. Semua itu dilakukan ikhlas kerana ALLAH berserta keyakinan bahawa dia akan dibalas dengan pahala di sisi TUHANnya.
Dia sentiasa memelihara diri dan menutup aurat dari pandangan lelaki yang bukan mahram. Percakapan yang lembut dan tepat seringkali menjadikan dirinya disukai dan disayangi oleh sesiapa sahaja yang mengenalinya. Masa yang terluang sentiasa dipenuhi dengan aktiviti yang berfaedah dan demi kebaikan diri serta agama.

Melakukan Aktiviti yang Berfaedah
Menuntut ilmu amat penting untuk mempersiapkan diri dengan ilmu yang bermanfaat untuk diri dan rumah tangganya. Setiap saat yang berlalu tidak dibiarkan terbuang begitu sahaja. Malah, dipenuhi dengan apa sahaja aktiviti yang boleh menambahkan ilmu pengetahuan sama ada berbentuk majlis ilmu, membaca bahan bacaan yang melibatkan isu semasa umat Islam atau kitab-kitab muktabar. Ilmu yang diterima bukan sahaja untuk faedah diri sendiri. Malah, dikongsi bersama ahli keluarga dan sahabat handai.
1_314271860m
Dia tidak mudah dipengaruh oleh penyakit sosial yang sedang hebat melanda wanita lain di masa kini. Tidak dilalaikan oleh hiburan yang melampau. Tidak pernah terpengaruh dengan sekelilingnya yang sentiasa mengajak kepada kemungkaran. Sentiasa menjaga batas pergaulan lelaki dan wanita dan berwaspada terhadap budaya berseronok-seronok yang sedang menyerang muda-mudi masa kini.
Ketika rakan sebaya sedang asyik menikmati masa muda dengan cara berpeleseran, berpacaran, membuat janji temu dengan pasangan masing-masing, dia sibuk dengan kerja-kerja yang berguna untuk agama. Dia banyak menghabiskan masa dengan beribadah, mendirikan solat, menuntut ilmu pengetahuan, berbakti kepada ibu bapa dan mengisi masa senggangnya dengan pelbagai jenis aktiviti yang berfedah.
Keinginan untuk menyintai dan dicintai yang merupakan fitrah manusiawi tidak pernah dinafikan. Namun, kepada ALLAH jualah dia meminta agar dipermudahkan jalan untuk menyintai dengan cara yang halal dan diredhai ALLAH. Jiwa remajanya yang meruntun ke arah itu ditepisnya dengan iman dan takwa serta keyakinannya terhadap ALLAH. Kecintaan kepada ALLAH dan Rasul-NYA serta kegigihan untuk menjauhi segala yang diharamkan oleh ALLAH membantu dia menjalani zaman remaja yang penuh cabaran dengan benteng iman dan takwa.
Mana mungkin dia melayan semua bisikan syaitan ke arah itu. Sedangkan dia amat jelas tentang hukumnya. Dia amat sedar akan batasan hubungan itu. Dalam al-Quran, surah al-Nur ALLAH memerintahkan agar wanita-wanita yang beriman menundukkan pandangan. Melalui sabda Rasulullah s.a.w pula, jelas bahawa baginda melarang berdua-duaan antara dua kaum yang berlawanan jenis kerana syaitan akan mencelah di antara mereka, lalu mendorong ke arah maksiat yang lebih besar, iaitu zina.
Mentaati Ibu Bapa
Kedua-dua ibu bapa ditaati dengan sepenuh hati sebagai memenuhi perintah ALLAH agar berbuat baik kepada mereka dalam perkara makruf. Dia tidak pernah meninggikan suara jauh sekali menyakiti hati kedua-duanya.
Ini bersesuaian dengan perintah ALLAH yang berbunyi:

“Dan tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan pada-NYA semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik terhadap ibu bapa. Jika salah seorang dari kedua-duanya atau kedua-duanya sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaan-MU, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “ah” dan janganlah engkau menengking dan menyergah mereka. Tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada kedua-duanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (mereka, dengan berkata): Wahai TUHANku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayang dalam memelihara dan mendidikku semasa kecil.” – Surah al-Israak: 23 – 24.

Redha dan Syukur dengan Apa yang Ada
Harta benda bukanlah matlamat utama hidupnya. Jika dia diberikan kekayaan, dia bersyukur dan tidak sombong. Malah seboleh mungkin melakukan kebajikan dengan bersedekah kepada yang kurang upaya. Sebaliknya jika dia ditakdirkan miskin, dia juga bersyukur dan bersabar. Dirinya sentiasa sedar bahawa di luar sana masih ramai yang diuji dengan kemiskinan yang lebih dahsyat daripada apa yang dialaminya. Segala yang ditentukan oleh ALLAH buat dirinya diterima dengan penuh redha. Yakin bahawa setiap sesuatu yang telah ditentukan oleh ALLAH ke atasnya adalah baik untuk kehidupan dunia dan agamanya.
Sabda Rasulullah s.a.w:

“Sungguh mengkagumkan sifat orang mukmin. Apa sahaja keadaannya pasti baik. Ia tidak pernah dialami oleh sesiapa pun melainkan orang mukmin. Jika dia senang, dia bersyukur dan ia baik untuk dirinya. Dan jika dia susah dia bersabar dan itu baik untuk dirinya.” – Riwayat Muslim.
Dia juga sentiasa mengikut teladan wanita-wanita pada zaman sahabat dan salafussoleh. Mereka berjaya melahir dan mendidik generasi yang bijak pandai. Antaranya, dengan mencontohi Fatimah binti Muhammad r.a yang sabar menghadapi kemiskinan, mencontohi Ummul Mukminin Aisyah binti Abu Bakar r.a dalam kebijaksanaan dan kecintaan kepada ilmu, mencontohi Ummu Sulaim binti Milhan r.a dalam kecintaan dan kesetiaan kepada suami dan kejayaan mendidik, mencontohi Asma bin Abu Bakar r.a dalam semangat yang kental dan ketabahan menghadapi pelbagai ujian hidup.
wanita-baik1Wanita Solehah Adalah untuk Lelaki Mukmin
Oleh itu, adalah tidak wajar bagi seorang mukmin sejati melupakan kesemua ciri wanita solehah ini dalam memilih pasangan lalu menilai semata-mata dari sudut paras rupa yang menarik tetapi buruk akhlaknya. Ini amat merugikan suami dan rumah tangga muslim yang bakal dibina.
Segala ciri di atas menggambarkan betapa indahnya sifat wanita solehah. Dan alangkah bahagianya lelaki yang memiliki hati wanita ini. Keindahan ini tidak dapat ditandingi oleh mana-mana ratu cantik dunia. Sekalipun pada pandangan manusia lain dia tidak memiliki paras yang cantik.
Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud:

“(Kebiasaannya) wanita-wanita yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat. Lelaki-lelaki yang jahat juga adalah untuk wanita-wanita yang jahat. Dan sebaliknya wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik serta lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik.” – Surah al-Nur: 26.
Walau bagaimanapun, ini bukanlah bermakna agama melarang sama sekali seseorang itu memilih calon isteri yang cantik paras rupanya. Tiada siapa menafikan bahawa paras rupa yang menarik boleh menambahkan lagi keinginan seorang lelaki untuk menikahi seorang wanita. Ini merupakan fitrah dan diperakui oleh agama.
Sabda Rasulullah s.a.w:

“Apabila salah seorang kamu meminang seorang wanita sekiranya dia dapat melihat wanita itu, dia hendaklah melihatnya agar bertambah keinginannya untuk berkahwin.” – Riwayat Ahmad, Abu Daud dan al-Bazzar. Disahihkan oleh al-Hakim dan Ibn Hibban.

Juga berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w:

“Wanita itu dinikahi kerana empat perkara. Kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Oleh itu, pilihlah yang beragama nescaya kamu akan beruntung.” – Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Paras Rupa Bukanlah Segala-galanya
Namun, apa yang dilarang ialah sikap seorang lelaki mukmin yang mengabaikan pemilihan isteri dari sudut agama kerana mengutamakan rupa paras. Sehinggakan sanggup memilih wanita yang tidak berakhlak semata-mata kerana kecantikannya. Dan mengabaikan wanita mukminah lain yang lebih baik dari segi akhlak.
1_806739581l1
Ini bersesuaian dengan firman ALLAH yang menyebut bahawa seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik untuk dijadikan pasangan hidup berbanding wanita musyrik. Walaupun rupa paras wanita musyrik itu lebih menawan hati lelaki mukmin.
Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud:

“Sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu.” – Surah al-Baqarah: 221.


Isteri Adalah Pemimpin di Rumah Suami
Wanita yang beragama berupaya mendidik anak-anaknya dengan sempurna. Dia tahu dan sedar bahawa dirinya adalah ketua di rumah suaminya. Bertanggungjawab dalam memastikan anak-anak diberikan didikan agama yang secukupnya. Oleh itu, dia sentiasa memastikan anak-anaknya membesar dengan sempurna dari segi rohani dan jasmani. Jadi, suami yang meninggalkan anak-anaknya bersama isteri kerana mencari rezeki tidak akan bimbang kerana dia sedar bahawa isteri solehah lagi beragama yang dipilihnya itu berupaya menjaga dan mendidik anaknya dengan amanah sepanjang ketiadaannya di rumah.
Sabda Rasulullah s.a.w:

“Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap orang akan ditanya terhadap apa yang dipimpinnya. Seorang imam adalah pemimpin dan akan ditanya terhadap apa yang dipimpinnya. Seorang suami adalah pemimpin keluarganya dan akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya. Wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya tentang orang yang dipimpinnya. Setiap seorang kamu adalah pemimpin dan akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya.” – Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Paling baik ialah memilih wanita yang mempunyai kedua-dua ciri yang dinyatakan di atas, iaitu cantik dan beragama. Perlulah berupaya menjaga maruah diri dan suami, menggembirakan hati suami, membina keluarga Islam yang harmoni dan membimbing keluarga menuju ALLAH. Namun, jika seorang lelaki berada dalam keadaan di mana dia perlu memilih salah satu daripada di atas, dia hendaklah mengutamakan agama.
 
ciri2wanitasolehah
~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t..

Nasihat Anak Kecil Kepada Orang Tua

Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai. Semasa dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang menangis sambil mengambil wudhuk.
Apabila orang tua itu melihat si anak kecil menangis, maka diapun bertanya:
“Wahai anak kecil, kenapa kamu menangis?”
Anak kecil itu berkata:
“Wahai pakcik, saya telah membaca Al-Quran sehingga sampai ke ayat yang berbunyi “Yaa ayyuhal ladziina aananuu quu anfusakum” yang bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu akan dirimu”. saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam neraka.”
Orang tua itu berkata:
“Wahai anak, janganlah kamu takut sesungguhnya kamu terpelihara dan tidak akan dimasukkan ke dalam neraka.”
Anak kecil itu berkata:
“Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali mereka akanmeletakkan ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka meletakkan kayu yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini dahulu akan dibakar sebelum dibakar orang dewasa.”
Orang tua itu berkata sambil menangis:
“Sesungguhnya anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang dewasa, maka bagaimana keadaan kamu nanti.”
Diriwayatkan orang tua tersebut adalah Hassan AlBasri.
“Jika kamu taat(menjalankan perintah ALLAH ini),ALLAH akan mengurniakan kamu dgn balasan yg baik(di dunia & akhirat), dan kalau kamu berpaling ingkar seperti keingkaran dahulu, nescaya ALLAH akan menyeksa kamu dgn azab yg tidak terperi sakitnya” Al Fath:16

salam kasih :-)


~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang~


“Dunia adalah perhiasan semata dan sebaik-baik hiasan adalah wanita solehah”
(HR Muslim)

salam kasih. :-)



Wanita solehah, tidak membelakangi pasangannya andai hendak melakukan sesuatu perkara.Wanita solehah memerlukan keizinan pasangannya untuk melakukan sesuatu perkara. Wanita solehah sanggup berkorban apa sahaja demi pasangannya yang halal.
Beribu wanita telah ku temui didunia ini
Tak kira bangsa mahupun agama
Bermacam ragam jua kerana..
Baru kini kutemui wanita yang menjadi idaman hatiku
Ianya adalah seorang wanita solehah
Itulah wanita pilihan hati
Seorang insan yang bisa menjadi pencetus cinta sejati
Dialah…
Seorang wanita yang mempunyai perasaan malu
Dan tunduk kasih pada yang satu
Dialah…
Seorang wanita yang menutupi segala perhiasan
Yang ada padah tubuhnya dari dilihat insan yang lain
Selain seorang yang bergelar suami mahupun wali
Dialah…
Seorang yang bisa mendorongku kejalan yang lurus
Dialah…
Seorang yang menjadi penenang dikala hatiku duka dalam tawar
Dialah insan terbaik buat diriku
Sepertimana dikatakan dengan sahihnya
Tiada perhiasan yang terindah didunia ini selain daripada wanita solehah
Itulah wanita pujaan hatiku
Dulu hati ini sukar untuk mencintai seorang wanita
Namun
Dengan hadirnya seorang yang bergelar solehah
Diri ini dapat mencapai ketahap cinta sejati
Iaitu..
Cinta pada yang Esa
Cinta pada Rasul-Nya
dan
Cinta pada setiap makhluk-Nya
Serta cinta pada ciptaan-Nya
Itulah cinta yang menjadi idaman kalbu
Yang terlekat di sanubari..


wanita solehah

Wanita yang solehah adalah idaman bagi semua lelaki.Hakikatnyaberbagai-bagai kejadian yang terjadi pada

masa sekarang ini berikutan era masa yang kian melonjak kehadapan.Pakaian merupakan salah satu perkara yang perlu dititikberatkan pada masa kni.Hal ini kerana terdapat bermacam-macam fesyen yang tidak menepati syarak yang sepatutunya.
Jika pakaian yang dipakai oleh perempuan-perempuan Islam itu tidak memenuhi kehendak-kehendak Islam, maka ia menggambarkan sejauh mana kekukuhan aqidahnya. Pakaian itu mempunyai hubungkait dengan ketaqwaan.

Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].
سيكون في آخر أمتي نساء كاسيات عاريات، على رؤوسهن كأسنمة البخت، العنوهن فإنهن ملعونات

 Maksudnya : Akan datang nanti wanita di kalangan ummatku di akhir zaman, mereka berpakaian tetapi seolah-olah mereka berbogel (berpakaian nipis dan menampakkan badan), di atas kepala mereka (tidak bertutup) seperti mana belakang bonggol unta (jadi tayangan dan kebanggaan), Celalah mereka, sesunguhnya mereka itu orang-orang yang tercela. [Sanad hadis Sohih Riwayat Tabrani]
Oleh yang demikian marilah kita bersama-sama kembali kapada yang ESA dengan merenungkan kembali syarat-syarat yang sepatutnya.
1) pakaian wanita harus menutupi seluruh tubuh kecuali wajah dan telapak tangan. Ingat, selain kedua anggota tubuh ini wajib ditutupi termasuk juga telapak kaki.
2) bukan pakaian untuk berhias seperti yang banyak dihiasi dengan gambar bunga apalagi yang warna-warni, atau disertai gambar makhluk bernyawa, apalagi gambarnya lambang parti politik yang boleh memecahkan dan mencetuskan perbalahan sesama umat.
3) pakaian tersebut tidak nipis dan tidak tembus pandang yang dapat menampakkan bentuk lekuk tubuh. Pakaian muslimah juga harus longgar dan tidak ketat sehingga tidak menggambarkan bentuk lekuk tubuh.
4) tidak memakai wangian pada pakaian tersebut.
5)tidak boleh menyerupai pakaian lelaki atau pn orang kafir
6)Pakaian tersebut hendaklah terhasil daripda bahan pembuatan yang suci lagi diyakini.Ini kerana akan mempengaruhi setiap ibadah yang dilakukan.
7) Pakaian tersebut bebas dari salib
8)bukan berfungsi sebagai hiasan

Engkau Memang Cantik Kerana Kau Seindah Islam
                         
Daripada Ummu Salamah, katanya: “Aku bertanya: “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?” Jawabnya Baginda SAW: “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.” Aku bertanya lagi: “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?” Baginda SAW menjawab: “Dengan solat, puasa dan ibadah mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih, berpakaian hijau dan berperhiasan kuning…” – Riwayat At-Thabrani.
Sungguh mulia dan sempurna seorang perempuan solehah itu, tarafnya di sisi Allah SWT lebih tinggi daripada bidadari, malahan bidadari hanyalah ibarat gundik-gundik yang mengiringi setiap pergerakannya.
Seringkali orang bertanya, kenapa perlu adanya bidadari di syurga, sedangkan perempuan solehah itu sudah cukup mempesona, sudah cukup sempurna?
Sebenarnya, bidadari-bidadari syurga hanyalah memainkan peranan sebagai penyerlah kecantikan perempuan solehah tersebut. Bayangkan sebuah bintang yang bersinar paling gemerlap di langit, mana mungkin terserlah kecantikannya tanpa bintang-bintang lain yang kurang bersinar di sekeliling. Mana mungkin terserlah kecantikannya jikalau hanya bintang tersebut satu-satunya yang ada di langit. Samalah juga dalam hal ini, perempuan solehah di syurga akan terserlah kecantikannya dengan hadirnya bidadari-bidadari di sekelilingnya.
BAGAIMANAKAH YANG DIKATAKAN PEREMPUAN SOLEHAH?

Seorang gadis kecil berkata kepada ayahnya: “Wahai ayahku, aku ingin sekali menjadi perempuan solehah. Bagaimanakah perihal perempuan solehah itu?”
Si ayah pun menjawab: “Wahai anakku, seorang perempuan solehah itu bukan dilihat daripada kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata. Wajahnya hanya memainkan satu peranan yang teramat kecil. Akan tetapi, perempuan solehah dilihat daripada kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi di dalam dada. Itulah perempuan yang terbaik.”
Sambung si ayah lagi: “Anakku, seorang perempuan solehah bukan dilihat daripada bentuk tubuh badannya yang mempesona, tetapi dilihat daripada sejauh mana ia menutup bentuk tubuhnya yang mempesona itu. Perempuan solehah bukanlah dilihat daripada sebanyak mana kebaikan yang diberikannya, tetapi daripada keikhlasan hatinya ketika ia memberikan segala kebaikan itu. Perempuan solehah bukan dilihat daripada seberapa indah lantunan suaranya, tetapi dilihat daripada apa yang sering mulutnya bicara. Perempuan solehah bukan dilihat daripada keahliannya berbahasa, tetapi daripada bagaimana ia bicara dan hujah kebenaran di sebaliknya.”
“Lalu apa lagi ayah?” Sahut puteri kecil itu, dengan perasaan ingin tahu yang tidak berbelah bagi.
“Ketahuilah puteriku, perempuan solehah itu bukan dilihat daripada keberaniannya memakai pakaian yang grand, tetapi dilihat daripada sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Perempuan solehah bukan dilihat daripada kekhuatirannya digoda orang di tepi jalanan, tetapi dilihat daripada kekhuatirannya bahawa dirinyalah yang mengundang orang tergoda. Perempuan solehah bukan dilihat daripada seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia hadapi, tetapi dilihat daripada sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TuhanNya, dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberikan.”
Si puteri kecil mengangguk-angguk tanpa faham.
“Dan ingatlah wahai puteriku,” sambung si ayah lagi. “Perempuan solehah bukan dilihat daripada sifat mesranya dalam bergaul, tetapi dilihat daripada sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul.”
Si anak terus bertanya, “Wahai ayahku, siapakah yang memiliki sifat-sifat tersebut? Bolehkah saya menjadi sepertinya? Mampukah dan layakkah saya untuk berada di syurga nanti?”
Si ayah mengangguk-angguk sambil menggosok-gosok kepala puterinya. “Ya, anakku. Sesiapa sahaja boleh memilikinya. Nabi Muhammad SAW, rasul junjungan telah bersabda bahawa apabila seorang perempuan itu menunaikan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya (riwayat Al-Bazzar).”
NILAI SEORANG PEREMPUAN SOLEHAH
Apakah nilai seorang perempuan solehah? Berapakah harganya di sisi Allah SWT? Jawab Al-Khawarizmi, pakar Matematik Islam:
Jika wanita solehah dan beragama = 1
Jika dia cantik, tambah 0 kepada 1 = 10
Jika dia kaya, tambah lagi 0 = 100
Dan jika dia dari keluarga baik-baik, tambah lagi 0 = 1000
Tetapi jika yang ’1′ tiada…
Maka, tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali sekelompok ‘0’.
Dapatlah disimpulkan di sini bahawa nilai perempuan solehah itu terlampau berharga, sehinggakan kecantikan, kekayaan dan keturunannya tidak akan dilihat sama sekali tanpa keimanan dan kepatuhan kepada Allah SWT.
Wahai perempuan solehah, ketahuilah bahawa,
Engkau memang cantik selagi kau menutup malu,
Engkau memang cantik selagi kau memelihara adab,
Engkau memang cantik selagi kau menjaga aurat,
Engkau memang cantik selagi kau menjaga batas,
Engkau memang cantik selagi kau waras berhias,
Engkau memang cantik selagi kau bersifat fitrah,
Engkau memang cantik selagi kau pantang menyerah,
Engkau memang cantik selagi kau terus bersolat,
Engkau memang cantik selagi kau lurus bertaubat,
Engkau memang cantik selagi kau jujur berilmu,
Engkau memang cantik selagi kau taat suami,
Engkau memang cantik selagi kau membaca Al-Qur’an,
Engkau memang cantik selagi kau beradab sopan,
Engkau memang cantik selagi kau kasih ibu bapa,
Engkau memang cantik selagi kau mendidik keluarga,
Engkau memang cantik selagi kau sabar & tenang,
Engkau memang cantik selagi kau tegakkan Islam,
Engkau memang cantik selagi kau mencegah kemungkaran,
Engkau memang cantik selagi kau berniatkan Tuhan,
Engkau memang cantik kerana kau seindah Islam!



RUJUKAN:
1.  Burhan Sodiq. Engkau Memang Cantik Kerana Kamu Tidak Pernah Tahu Betapa Cantiknya Dirimu; Kemilau Publika Sdn. Bhd; 2009.
2.  Wanita Solehah Lebih Baik Daripada Bidadari Syurga. http://www.rakanmasjid.com/component/content/article/36-health/496-wanita-solehah-lebih-baik-daripada-bidadari-syurga.html

Assalamualaikum wbt.



Bercita-cita ingin jadi wanita solehah? Tapi siapakah wanita solehah itu? Bagaimana nak jadi wanita solehah? Apa janji yang kami dapat kalau jadi solehah?

"Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang saleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasehatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."[ QS An-Nisaa,4 ; 34] 

Dalam ayat al-Quran di atas, salah dua ciri wanita solehah adalah taat kepada Allah dan memelihara diri ketika suami tidak ada. Kita termasuk? Dalam ayat lain;

Jika Nabi menceraikan kamu, boleh jadi Tuhannya akan memberi ganti kepadanya dengan isteri yang lebih baik daripada kamu, yang patuh, yang beriman, yang taat, yang bertaubat, yang mengerjakan ibadat, yang berpuasa, yang janda dan yang perawan. [QS At-Tahrim, 66;5]


Apa ciri-ciri wanita solehah?

Wanita yang taat (Qanitat)

Wanita yang qanitat adalah wanita yang sentiasa menjaga ketaatan dirinya kepada Allah. Cuma pada Allah? Tidak. Bukan hanya Allah, malah pada Rasul-Nya, suami bagi seorang isteri, ibu bapa bagi seorang anak. Tetapi ketaatan pada suami dan ibu bapa hanya berlaku pada hal yang baik. Contohi Asiyah binti Muzahim. Siapa Asiyah? Wanita yang menebus ketaatannya kepada Allah dengan jiwanya di tangan Fir'aun, suaminy sendiri dan seorang yang kufur kepada Allah sehingga tidak layak untuk ditaati.

Katakanlah: "Ta'atilah Allah dan Rasul-Nya; jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir."[QS Al-Imran,3; 32]

Wanita ahli ibadah (A'bidat)

Wanita ahli ibadah yang amat patut dicontohi adalah Maryam binti Imran. Allah meninggikan namanya dan menyebutnya dalam Al-Quran. Menitipkan ruh hamba dan Rasul-Nya Isa as dalam rahim Maryam. Mari kita amalkan sunnah Rasulullah yang sentiasa berdoa dalam solatnya sebelum salam.

Ya Allah berilah pertolongan kepadaku untuk menyebut nama-Mu, syukur kepada-Mu dan ibadah yang baik untuk-Mu.[HR Abu Dawud dan An-Nasa'i]

Firman Allah dalam Hadis Qudsi;

"Wahai anak Adam, ebrsungguh-sungguh lah beribadah kepada-Ku, amka akan Aku isi dadamu dengan kekayaan dan Aku tutup kekafiran-Mu. Jika tidak demikian, maka Aku akan penuhi kesibukan di hadapanmu dan Aku tidak akan menutup kefakiranmu."[HR Tirmidzi]

Dr. Aidh Al-Qarni menasihati wanita mukminah agar sentiasa menjalin hubungan dengan Allah, memelihara iman di dalam hatinya dan menanaminya dengan zikir, ibadah sunat (nawafil), tafakkur (memikirkan dan mengamati) terhadap ayat-ayat Allah. Seorang wanita boleh hidup tanpa emas dan perak tapi jika jidup tanpa iman dan amal soleh yang menyertainya, hidup tidak akan bahagia.

Wanita yang sentiasa bertaubat

Ada hadis Rasulullah saw,'Aku pernah melihat Neraka. Maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah wanita." Mengapa wanita? Mereka kufur kepada Allah? Rasulullah saw menjawab, 'Kufur pada suaminya dan banyak mencela. Andaikata kamu berbuat baik kepadanya satu tahun, kemudian dia melihat satu keburukan pada dirimu, dia mengatakan,'Aku tidak melihat kebaikan sedikit pun pada dirimu'."[HR Bukhari]

Moga kita terlindung termasuk golongan tersebut. Amin. Berhati-hatilah wanita muslimahku. Kerana ada hadis lain, 'Aku tidak meninggalkan setelahku fitnah yang lebih berbahaya terhadap laki-laki daripada wanita.'[HR Muslim]. Jika solehahnya wanita itu, dia tidak akan tersinggung dengan petikan hadis di atas. Kerana wanita solehah bukan fitnah malah hiasan dunia terindah, juga dalam riwayat Muslim.

Ada seorang sahabat datang bertanyakan, masih layakkah untuk menjadi wanita solehah setelah bertahun-tahun melakukan kemungkaran? Kita adalah manusia.Manusia memang tidak sempurna. Selalu ada saja kesalahan sengaja atau tidak sengaja dilakukan. Manusia yang terbaik, kata Rasulullah saw, 'Setiap anak Adam itu berbuat salah. Dan sebaik-baik orang yang berbuat salah adalah yang bertaubat.'[HR Tirmidzi, Ibnu Majah dan Al-Hakim]

InsyaAllah sahabat. Moga kita sama-sama gapai sakinah dan redha Allah. Saling mengingatilah kita akan duniawi ini. Ya Allah, jadikanlah dunia ini dalam genggaman tangan kami, jangan tempatkan ia di lubuk hati kami. Amiin.

Sambungan akan datang insyaAllah. :))

Nantikan perkongsian dari kami.
Sumber dari sebuah novel Islami.:)

Wassalam. Wallahu a'lam.

วันอังคารที่ 25 กันยายน พ.ศ. 2555



  • 1.Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
  • 2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
  • 3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
  • 4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
  • 5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
  • 6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
  • 7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
  • 8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
  • 9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
  • 10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat
  • 11. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
  • 12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.
  • 13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
  • 14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
  • 15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
  • 16.Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
  • 16. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
  • 17. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
  • 18. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
  • 19. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
  • 20. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
  • 21. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
  • 22. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
  • 23. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
  • 24. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.