วันอังคารที่ 2 ตุลาคม พ.ศ. 2555

"Buat Wanita Solehah"

 
 
Tangisan sanubari telah terhenti
Kala suram suria memancar sinarnya
Pertemuan seindah bayangan firdausi
Menjadi zikir kasih yang suci

Lukisan dua jiwa menjadi satu
Terkenang detik bertemunya kau dan aku
Santun berhikmah mengingatkan diri
Hidup dan mati hanya untuk Ilahi

Mengenggam janji cinta ini
Bertemu kasih tanpa jasad
Bicara tanpa suara
Hanya tulisan bahasa indah
Mengeratkan antara kita
Hinggalah ke akhirnya

Kau ku sanjung kerna pengorbanan
Bagai puteri di kayangan
Tika ku lesu hadapi hidup
Kau hembuskan nafas semangat
Penawar hati

"Untuk Wanita Solehah"

 
Wahai Gadis Solehah.. 
Dari Jauh Ku Melihat Gerak Gerimu..
Tunduk Memandang Bumi..
Terselindung Dsebalik Hijabmu..

Wajah Yang Penuh Nur..
Yang Sentiasa Mengingati Mati..
Yang Mencintai Allah Dan Rasul..
Yang Takut Azab Allah..

Kau Ibarat Permata Berharga..
Digilap, Dibalut, Dan Disimpan Rapi..
Wahai Gadis Solehah..
 Jauh Disudut Hatiku..
Aku Bangga Dengan Imanmu..
Taqwamu, Akhlakmu, Amalanmu..
Jua Perjuanganmu Menegakkan.
Kesucian syariat yang telah ditetapkan Allah.

Wahai Gadis Solehah..
 Kau Pertahankan Hijabmu..
Walaupun Dunia Memandang Hina..
Tetapi Allah Melihatmu Dengan Penuh Bangga..
Akhlakmu Kau Pelihara..
 Maruahmu Rapi Dijaga..
Tutur Katamu Melambangkan Sifat Keibuanmu Yang Sejati..
Pabila Bertemu Dengan Muhrimmu..
Kau Tunduk Memandang Bumi..

Mengingatkanku..

Amirul Mukminin Di Zaman Rasullullah S.A.W..
 

วันเสาร์ที่ 29 กันยายน พ.ศ. 2555

Wanita Solehah Mengatasi Paras Rupa
Sabda Rasullah s.a.w:
  “Dunia itu adalah kenikmatan dan sebaik-baik kenikmatan dunia ialah wanita yang solehah.” – Riwayat Muslim, Kitaab al-Ridha.

979464644l11
Agama merupakan faktor terpenting dalam mendapatkan kebahagiaan rumah tangga. Namun, tidak ramai di kalangan umat manusia pada zaman ini yang meneliti dan mengambil faedah daripada panduan agama dalam memilih calon isteri. Ramai di kalangan kita yang masih tidak menyedari bahawa faktor ini berupaya memberikan kebahagiaan dan keuntungan dunia dan akhirat.
Wanita yang beragama sentiasa mentaati ALLAH dan Rasul-NYA. Menjaga maruah diri dan ibu bapa, menundukkan pandangan di hadapan lelaki yang bukan mahram, berusaha menuntut ilmu, memahami dan mengamalkan apa yang difahaminya. Sentiasa bertaubat dan mendekatkan diri kepada ALLAH dengan melakukan pelbagai amalan wajib dan sunat.
Wanita yang terdidik dengan agama akan sentiasa memastikan dirinya bersih, kemas dan cantik. Ini kerana agama memerintahkan dia melakukan demikian. Semua itu dilakukan ikhlas kerana ALLAH berserta keyakinan bahawa dia akan dibalas dengan pahala di sisi TUHANnya.
Dia sentiasa memelihara diri dan menutup aurat dari pandangan lelaki yang bukan mahram. Percakapan yang lembut dan tepat seringkali menjadikan dirinya disukai dan disayangi oleh sesiapa sahaja yang mengenalinya. Masa yang terluang sentiasa dipenuhi dengan aktiviti yang berfaedah dan demi kebaikan diri serta agama.

Melakukan Aktiviti yang Berfaedah
Menuntut ilmu amat penting untuk mempersiapkan diri dengan ilmu yang bermanfaat untuk diri dan rumah tangganya. Setiap saat yang berlalu tidak dibiarkan terbuang begitu sahaja. Malah, dipenuhi dengan apa sahaja aktiviti yang boleh menambahkan ilmu pengetahuan sama ada berbentuk majlis ilmu, membaca bahan bacaan yang melibatkan isu semasa umat Islam atau kitab-kitab muktabar. Ilmu yang diterima bukan sahaja untuk faedah diri sendiri. Malah, dikongsi bersama ahli keluarga dan sahabat handai.
1_314271860m
Dia tidak mudah dipengaruh oleh penyakit sosial yang sedang hebat melanda wanita lain di masa kini. Tidak dilalaikan oleh hiburan yang melampau. Tidak pernah terpengaruh dengan sekelilingnya yang sentiasa mengajak kepada kemungkaran. Sentiasa menjaga batas pergaulan lelaki dan wanita dan berwaspada terhadap budaya berseronok-seronok yang sedang menyerang muda-mudi masa kini.
Ketika rakan sebaya sedang asyik menikmati masa muda dengan cara berpeleseran, berpacaran, membuat janji temu dengan pasangan masing-masing, dia sibuk dengan kerja-kerja yang berguna untuk agama. Dia banyak menghabiskan masa dengan beribadah, mendirikan solat, menuntut ilmu pengetahuan, berbakti kepada ibu bapa dan mengisi masa senggangnya dengan pelbagai jenis aktiviti yang berfedah.
Keinginan untuk menyintai dan dicintai yang merupakan fitrah manusiawi tidak pernah dinafikan. Namun, kepada ALLAH jualah dia meminta agar dipermudahkan jalan untuk menyintai dengan cara yang halal dan diredhai ALLAH. Jiwa remajanya yang meruntun ke arah itu ditepisnya dengan iman dan takwa serta keyakinannya terhadap ALLAH. Kecintaan kepada ALLAH dan Rasul-NYA serta kegigihan untuk menjauhi segala yang diharamkan oleh ALLAH membantu dia menjalani zaman remaja yang penuh cabaran dengan benteng iman dan takwa.
Mana mungkin dia melayan semua bisikan syaitan ke arah itu. Sedangkan dia amat jelas tentang hukumnya. Dia amat sedar akan batasan hubungan itu. Dalam al-Quran, surah al-Nur ALLAH memerintahkan agar wanita-wanita yang beriman menundukkan pandangan. Melalui sabda Rasulullah s.a.w pula, jelas bahawa baginda melarang berdua-duaan antara dua kaum yang berlawanan jenis kerana syaitan akan mencelah di antara mereka, lalu mendorong ke arah maksiat yang lebih besar, iaitu zina.
Mentaati Ibu Bapa
Kedua-dua ibu bapa ditaati dengan sepenuh hati sebagai memenuhi perintah ALLAH agar berbuat baik kepada mereka dalam perkara makruf. Dia tidak pernah meninggikan suara jauh sekali menyakiti hati kedua-duanya.
Ini bersesuaian dengan perintah ALLAH yang berbunyi:

“Dan tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan pada-NYA semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik terhadap ibu bapa. Jika salah seorang dari kedua-duanya atau kedua-duanya sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaan-MU, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “ah” dan janganlah engkau menengking dan menyergah mereka. Tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada kedua-duanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (mereka, dengan berkata): Wahai TUHANku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayang dalam memelihara dan mendidikku semasa kecil.” – Surah al-Israak: 23 – 24.

Redha dan Syukur dengan Apa yang Ada
Harta benda bukanlah matlamat utama hidupnya. Jika dia diberikan kekayaan, dia bersyukur dan tidak sombong. Malah seboleh mungkin melakukan kebajikan dengan bersedekah kepada yang kurang upaya. Sebaliknya jika dia ditakdirkan miskin, dia juga bersyukur dan bersabar. Dirinya sentiasa sedar bahawa di luar sana masih ramai yang diuji dengan kemiskinan yang lebih dahsyat daripada apa yang dialaminya. Segala yang ditentukan oleh ALLAH buat dirinya diterima dengan penuh redha. Yakin bahawa setiap sesuatu yang telah ditentukan oleh ALLAH ke atasnya adalah baik untuk kehidupan dunia dan agamanya.
Sabda Rasulullah s.a.w:

“Sungguh mengkagumkan sifat orang mukmin. Apa sahaja keadaannya pasti baik. Ia tidak pernah dialami oleh sesiapa pun melainkan orang mukmin. Jika dia senang, dia bersyukur dan ia baik untuk dirinya. Dan jika dia susah dia bersabar dan itu baik untuk dirinya.” – Riwayat Muslim.
Dia juga sentiasa mengikut teladan wanita-wanita pada zaman sahabat dan salafussoleh. Mereka berjaya melahir dan mendidik generasi yang bijak pandai. Antaranya, dengan mencontohi Fatimah binti Muhammad r.a yang sabar menghadapi kemiskinan, mencontohi Ummul Mukminin Aisyah binti Abu Bakar r.a dalam kebijaksanaan dan kecintaan kepada ilmu, mencontohi Ummu Sulaim binti Milhan r.a dalam kecintaan dan kesetiaan kepada suami dan kejayaan mendidik, mencontohi Asma bin Abu Bakar r.a dalam semangat yang kental dan ketabahan menghadapi pelbagai ujian hidup.
wanita-baik1Wanita Solehah Adalah untuk Lelaki Mukmin
Oleh itu, adalah tidak wajar bagi seorang mukmin sejati melupakan kesemua ciri wanita solehah ini dalam memilih pasangan lalu menilai semata-mata dari sudut paras rupa yang menarik tetapi buruk akhlaknya. Ini amat merugikan suami dan rumah tangga muslim yang bakal dibina.
Segala ciri di atas menggambarkan betapa indahnya sifat wanita solehah. Dan alangkah bahagianya lelaki yang memiliki hati wanita ini. Keindahan ini tidak dapat ditandingi oleh mana-mana ratu cantik dunia. Sekalipun pada pandangan manusia lain dia tidak memiliki paras yang cantik.
Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud:

“(Kebiasaannya) wanita-wanita yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat. Lelaki-lelaki yang jahat juga adalah untuk wanita-wanita yang jahat. Dan sebaliknya wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik serta lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik.” – Surah al-Nur: 26.
Walau bagaimanapun, ini bukanlah bermakna agama melarang sama sekali seseorang itu memilih calon isteri yang cantik paras rupanya. Tiada siapa menafikan bahawa paras rupa yang menarik boleh menambahkan lagi keinginan seorang lelaki untuk menikahi seorang wanita. Ini merupakan fitrah dan diperakui oleh agama.
Sabda Rasulullah s.a.w:

“Apabila salah seorang kamu meminang seorang wanita sekiranya dia dapat melihat wanita itu, dia hendaklah melihatnya agar bertambah keinginannya untuk berkahwin.” – Riwayat Ahmad, Abu Daud dan al-Bazzar. Disahihkan oleh al-Hakim dan Ibn Hibban.

Juga berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w:

“Wanita itu dinikahi kerana empat perkara. Kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Oleh itu, pilihlah yang beragama nescaya kamu akan beruntung.” – Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Paras Rupa Bukanlah Segala-galanya
Namun, apa yang dilarang ialah sikap seorang lelaki mukmin yang mengabaikan pemilihan isteri dari sudut agama kerana mengutamakan rupa paras. Sehinggakan sanggup memilih wanita yang tidak berakhlak semata-mata kerana kecantikannya. Dan mengabaikan wanita mukminah lain yang lebih baik dari segi akhlak.
1_806739581l1
Ini bersesuaian dengan firman ALLAH yang menyebut bahawa seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik untuk dijadikan pasangan hidup berbanding wanita musyrik. Walaupun rupa paras wanita musyrik itu lebih menawan hati lelaki mukmin.
Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud:

“Sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu.” – Surah al-Baqarah: 221.


Isteri Adalah Pemimpin di Rumah Suami
Wanita yang beragama berupaya mendidik anak-anaknya dengan sempurna. Dia tahu dan sedar bahawa dirinya adalah ketua di rumah suaminya. Bertanggungjawab dalam memastikan anak-anak diberikan didikan agama yang secukupnya. Oleh itu, dia sentiasa memastikan anak-anaknya membesar dengan sempurna dari segi rohani dan jasmani. Jadi, suami yang meninggalkan anak-anaknya bersama isteri kerana mencari rezeki tidak akan bimbang kerana dia sedar bahawa isteri solehah lagi beragama yang dipilihnya itu berupaya menjaga dan mendidik anaknya dengan amanah sepanjang ketiadaannya di rumah.
Sabda Rasulullah s.a.w:

“Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap orang akan ditanya terhadap apa yang dipimpinnya. Seorang imam adalah pemimpin dan akan ditanya terhadap apa yang dipimpinnya. Seorang suami adalah pemimpin keluarganya dan akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya. Wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya tentang orang yang dipimpinnya. Setiap seorang kamu adalah pemimpin dan akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya.” – Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Paling baik ialah memilih wanita yang mempunyai kedua-dua ciri yang dinyatakan di atas, iaitu cantik dan beragama. Perlulah berupaya menjaga maruah diri dan suami, menggembirakan hati suami, membina keluarga Islam yang harmoni dan membimbing keluarga menuju ALLAH. Namun, jika seorang lelaki berada dalam keadaan di mana dia perlu memilih salah satu daripada di atas, dia hendaklah mengutamakan agama.
 
ciri2wanitasolehah
~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t..

Nasihat Anak Kecil Kepada Orang Tua

Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai. Semasa dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang menangis sambil mengambil wudhuk.
Apabila orang tua itu melihat si anak kecil menangis, maka diapun bertanya:
“Wahai anak kecil, kenapa kamu menangis?”
Anak kecil itu berkata:
“Wahai pakcik, saya telah membaca Al-Quran sehingga sampai ke ayat yang berbunyi “Yaa ayyuhal ladziina aananuu quu anfusakum” yang bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu akan dirimu”. saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam neraka.”
Orang tua itu berkata:
“Wahai anak, janganlah kamu takut sesungguhnya kamu terpelihara dan tidak akan dimasukkan ke dalam neraka.”
Anak kecil itu berkata:
“Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali mereka akanmeletakkan ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka meletakkan kayu yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini dahulu akan dibakar sebelum dibakar orang dewasa.”
Orang tua itu berkata sambil menangis:
“Sesungguhnya anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang dewasa, maka bagaimana keadaan kamu nanti.”
Diriwayatkan orang tua tersebut adalah Hassan AlBasri.
“Jika kamu taat(menjalankan perintah ALLAH ini),ALLAH akan mengurniakan kamu dgn balasan yg baik(di dunia & akhirat), dan kalau kamu berpaling ingkar seperti keingkaran dahulu, nescaya ALLAH akan menyeksa kamu dgn azab yg tidak terperi sakitnya” Al Fath:16

salam kasih :-)


~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang~


“Dunia adalah perhiasan semata dan sebaik-baik hiasan adalah wanita solehah”
(HR Muslim)

salam kasih. :-)



Wanita solehah, tidak membelakangi pasangannya andai hendak melakukan sesuatu perkara.Wanita solehah memerlukan keizinan pasangannya untuk melakukan sesuatu perkara. Wanita solehah sanggup berkorban apa sahaja demi pasangannya yang halal.
Beribu wanita telah ku temui didunia ini
Tak kira bangsa mahupun agama
Bermacam ragam jua kerana..
Baru kini kutemui wanita yang menjadi idaman hatiku
Ianya adalah seorang wanita solehah
Itulah wanita pilihan hati
Seorang insan yang bisa menjadi pencetus cinta sejati
Dialah…
Seorang wanita yang mempunyai perasaan malu
Dan tunduk kasih pada yang satu
Dialah…
Seorang wanita yang menutupi segala perhiasan
Yang ada padah tubuhnya dari dilihat insan yang lain
Selain seorang yang bergelar suami mahupun wali
Dialah…
Seorang yang bisa mendorongku kejalan yang lurus
Dialah…
Seorang yang menjadi penenang dikala hatiku duka dalam tawar
Dialah insan terbaik buat diriku
Sepertimana dikatakan dengan sahihnya
Tiada perhiasan yang terindah didunia ini selain daripada wanita solehah
Itulah wanita pujaan hatiku
Dulu hati ini sukar untuk mencintai seorang wanita
Namun
Dengan hadirnya seorang yang bergelar solehah
Diri ini dapat mencapai ketahap cinta sejati
Iaitu..
Cinta pada yang Esa
Cinta pada Rasul-Nya
dan
Cinta pada setiap makhluk-Nya
Serta cinta pada ciptaan-Nya
Itulah cinta yang menjadi idaman kalbu
Yang terlekat di sanubari..


wanita solehah

Wanita yang solehah adalah idaman bagi semua lelaki.Hakikatnyaberbagai-bagai kejadian yang terjadi pada

masa sekarang ini berikutan era masa yang kian melonjak kehadapan.Pakaian merupakan salah satu perkara yang perlu dititikberatkan pada masa kni.Hal ini kerana terdapat bermacam-macam fesyen yang tidak menepati syarak yang sepatutunya.
Jika pakaian yang dipakai oleh perempuan-perempuan Islam itu tidak memenuhi kehendak-kehendak Islam, maka ia menggambarkan sejauh mana kekukuhan aqidahnya. Pakaian itu mempunyai hubungkait dengan ketaqwaan.

Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].
سيكون في آخر أمتي نساء كاسيات عاريات، على رؤوسهن كأسنمة البخت، العنوهن فإنهن ملعونات

 Maksudnya : Akan datang nanti wanita di kalangan ummatku di akhir zaman, mereka berpakaian tetapi seolah-olah mereka berbogel (berpakaian nipis dan menampakkan badan), di atas kepala mereka (tidak bertutup) seperti mana belakang bonggol unta (jadi tayangan dan kebanggaan), Celalah mereka, sesunguhnya mereka itu orang-orang yang tercela. [Sanad hadis Sohih Riwayat Tabrani]
Oleh yang demikian marilah kita bersama-sama kembali kapada yang ESA dengan merenungkan kembali syarat-syarat yang sepatutnya.
1) pakaian wanita harus menutupi seluruh tubuh kecuali wajah dan telapak tangan. Ingat, selain kedua anggota tubuh ini wajib ditutupi termasuk juga telapak kaki.
2) bukan pakaian untuk berhias seperti yang banyak dihiasi dengan gambar bunga apalagi yang warna-warni, atau disertai gambar makhluk bernyawa, apalagi gambarnya lambang parti politik yang boleh memecahkan dan mencetuskan perbalahan sesama umat.
3) pakaian tersebut tidak nipis dan tidak tembus pandang yang dapat menampakkan bentuk lekuk tubuh. Pakaian muslimah juga harus longgar dan tidak ketat sehingga tidak menggambarkan bentuk lekuk tubuh.
4) tidak memakai wangian pada pakaian tersebut.
5)tidak boleh menyerupai pakaian lelaki atau pn orang kafir
6)Pakaian tersebut hendaklah terhasil daripda bahan pembuatan yang suci lagi diyakini.Ini kerana akan mempengaruhi setiap ibadah yang dilakukan.
7) Pakaian tersebut bebas dari salib
8)bukan berfungsi sebagai hiasan